Selasa, 8 Julai 2014

2. TUTORIAL BUNGA ROS DARI KERTAS A4

Hari ni saya akan share cara-cara untuk membuat lagi satu kraf yang sangat mudah menggunakan kertas A4 yang menjadi bahan utama untuk kraf  ini.



BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN IALAH:
-2 keping kertas A4 berbeza warna
-Gam tembak
-Gunting
-Dawai halus
-Lidi
-Pelilit

CARA-CARA MEMBUATNYA IALAH:
1. Ambil 2 kertas yang berlainan warna kemudian lipat kertas A4 macam dalam gambar dan potong.






- Anda akan dapat 4 keping untuk setiap helai kertas A4 tadi ( semuanya jadi 8 keping).  Anda hanya perlu guna 5 keping sahaja daripada kertas tersebut.


Lipat dua

Lipat menyerong dari kanan

Lipat menyerong dari kiri

Lipatan terakhir

-Kemudian ambil 3 kertas yang dilipat tadi ( warna perlu selang seli). Anda perlu potong mengikut saiz di bawah iaitu 4cm (rujuk gambar). Manakala lagi 2 kertas potong mengikut saiz 5cm (rujuk gambar)


Setelah digunting
Kemudian anda perlu gunting separuh daripada sisi lipatan ( rujuk gambar)
Selepas digunting tepi

Apabila dibuka


Susun ikut saiz ( 1,2,3 ialah 4cm ) ( 4,5 ialah 5cm)


Ambil dawai halus tebuk ditengah2 .  Setiap hujung kelopak tu perlu lipat sikit hujungnya biar nampat garisan


Cantumkan semua kelopak tersebut macam dalam gambar

Akhir sekali lekatkan gam supaya ia tidak terbuka

Untuk kelopak yang kedua dan ketiga anda hanya perlu sambung sahaja di bawah kelopak pertama macam gambar atas dan bawah


Inilah hasilnya dari gabungan 3 kelopak yang pertama

kelopak yang keempat
-Untuk lebih nampak kembang anda perlu ambil pen kemudian gulung  ke bawah  setiap kelopak


kelopak yang ke 5

Dah siap untuk gabungan 5 kelopak



Ambil kertas A4 hijau potong lebih kurang 5cm setiap sisi dan buat macam dalam gambar


Bentukkan supaya nampak real
                                   
Belah hujung lidi


Dah siap ikat pada lidi...sekarang anda boleh lilit dengan pelilit
Inilah hasilnya setelah dililit dan dihias

-Akhir sekali anda boleh guna pelilit...So ini lah hasilnya..cantikkan. :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan